Jam menunjukkan hari jumaat1.05 am pada waktu aku menulis blog ni. Aku cuma nak mengupdate sikit la blog aku ni sebab dh lama sgt bersawang. Cicak, lipas, ular semua dh berkampung dh dekat sini, silap2 beruang pon boleh beranak pinak dalam blog aku ni.
Aku nak cerita sikit la pasal ape yang berlaku pada diri aku mase aku sepanjang aku menjadi student untuk sem 3, walaupun belum habis lagi tapi..suke hati aku la nka tulis bila kan? okaylah, masih ade roommate yang same, kak Mai and Julia,kiteorang bertiga je. Aman je sem ni bila tak kakak angkat julia yang sedikit mental tu..hehehe.. sem ni aku dapat katil bawah,lega sikit setelah 2 sem asyik duduk katil atas je :)
Anyway, macam sem lepas, bilik aku umpama RnR bagi amalin,alia,amelia,..tu yang selalu singgah la,yang orang kate wajib singgah bilik aku sebelum pegi toilet.yang lain pon ade jugak singgah..kami menerima dengan pintu,tangan serta hati yang terbuka..ceewaaaahhh..hahahah!
Sem 3 ade perubahan sedikit berlaku dalam diri aku! Secara tidak sengaja aku telah meminati sedikit demi sedikit lagu K-POP? mengapa tu semua boleh terjadi? aku juga telah meminati RUNNING MAN!!! mcm mane aku boleh minat? sedangkan dulu aku cam kutuk la jugak sebab aku tak faham tgk cerita tu? nak tahu mcm mane boleh terjebak????? Semuanya bermula kerana T.O.P BIGBANG!!!!!!
Haaa.... ni la TOP..Handsome kan?????? mesti ramai kan yg dh kenal..aku dh cakap dah.die memang handsome..hehehe
kemudian pengaruh untuk mengembangkan otak aku ke fasa dunia K-POP yang seterusnya ialah Alia..Amalin pon same jugak..mereka berdua lah pengaruh terbesar aku..hehehe
Jgn marah eh Alia and Amalin..hehehe kat sini aku nak letak lagi gambar2 artis korea yang aku suka,tengok ye ....:)
haaaa..yang ni Mir from MBLAQ..HEHEHE <3
yang ni pulak Hong ki from FTISLAND..comel kan..haha! actually sebelum BIGBANG., minat FTISLAND dulu ;)
haaaa...ni lee joon,dari MBLAQ jugak..yang baru je minat die,tibe rase die ni mcm handsome je kan..haha!:
and last skali....Ni la BIGBANG!! lihatlah betapa handsome nye jejaka2 BIGBANG ni..haih.. tapu sayang aku takdapat nk pegi konsert die bulan 10 ni..duit takde :( tapi takpelah,tak pegi konsert tak bermakna tak fanatik kan!! :D
Baiklah,ini saja nukilan saya untuk hari ni..ceeehhh,nukilan taw! haha! terima kasih kerana rajin nak bace :D
No comments:
Post a Comment